Mahmud I
Mahmud I

Mahmud I

Mahmud I (Bahasa Turki Uthmaniyyah: محمود اول), dipanggil si Bongkok (2 Ogos, 1696 – 13 Disember, 1754) adalah seorang Sultan dari Empayar Uthmaniyyah bermula pada tahun 1730 sehingga 1754. Beliau telah dilahirkan di Istana Edirne dan merupakan anak lelaki kepada Mustafa II (1695–1703). Ibu beliau adalah Valide Sultan Saliha Sabkati. Mahmud I merupakan abang kepada Osman III (1754–57).Mahmud I menyerahkan pentadbiran kerajaan kepada para wizurai beliau dan banyak menghabiskan masa mengarang sajak. Mahmud I meninggal dunia di Istana Topkapi, Constantinople. Beliau mengahwini Haja 'Ali-Janab tetapi tidak mendapat anak.